(Terkini) Senarai Penerima Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 - Semak sekarang!


STR Fasa 4:
Senarai Penerima Bantuan Tunai Rahmah Fasa 4. Seperti yang diketahui, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi fasa ketiga telah selesai disalurkan kepada rakyat Malaysia yang layak pada 29 Ogos yang lalu. Dengan pelaksanaan bantuan ini, seramai 8.5 juta penerima telah menerima bayaran sehingga RM800, bergantung kepada kategori masing-masing.

Dengan berakhirnya pelaksanaan STR Fasa 3, kini hanya tinggal satu fasa pembayaran lagi, iaitu fasa 4 yang akan dilaksanakan bulan hadapan. Namun, pembayaran ini bergantung kepada syarat kelayakan yang ditetapkan.

Oleh itu, kami akan berkongsi senarai penerima bayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4. Ikuti maklumat di bawah.

(SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024).

Program bantuan bernilai RM1.5 bilion ini bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dalam menghadapi cabaran kos sara hidup dengan memberikan sokongan kewangan bagi meringankan beban mereka.

(TARIKH BAYARAN STR FASA 4)

Seperti yang telah diumumkan, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2024 akan dilakukan dalam empat fasa. Berikut adalah jadual pengkreditan untuk tahun ini:
  • STR Fasa 1: 29 Januari 2024
  •  STR Fasa 2: 3 April 2024
  • STR Fasa 3: 29 Ogos 2024
  • STR Fasa 4: November 2024

Kami menjangkakan bahawa pembayaran STR Fasa 4 ini mungkin akan diawalkan. Ia mungkin dilaksanakan sebelum sambutan perayaan Deepavali yang jatuh pada akhir Oktober ini.

Namun, ini hanya merupakan anggaran berdasarkan tarikh pembayaran tahun-tahun sebelumnya.

(SENARAI PENERIMA)

Berikut adalah syarat kelayakan untuk penerima STR:

Isi Rumah
  •  Kahwin; atau ibu/bapa tunggal, balu, janda, atau duda dengan anak yang memenuhi syarat.
  •  Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000.

Warga Emas Tiada Pasangan
  • Bujang atau ibu/bapa tunggal, balu, janda, atau duda tanpa anak yang memenuhi syarat.
  • Had umur adalah 60 tahun ke atas.
  •  Pendapatan tidak melebihi RM5,000.

Bujang
  •  Bujang atau ibu/bapa tunggal, balu, janda, atau duda tanpa anak yang memenuhi syarat.
  •  Had umur 21 hingga 59 tahun; OKU berumur 19 hingga 59 tahun.
  •  Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa
  • Pendapatan tidak melebihi RM2,500.

(KADAR BAYARAN STR FASA 4)

Bagi individu yang layak menerima bayaran keempat ini, berikut adalah kadar bayaran mengikut kategori:

  • Isi Rumah :RM150 – RM700
  • Warga Emas Tiada Pasangan : RM150
  • Bujang : RM100

(SEMAKAN STATUS)

Untuk membuat semakan mengenai status kelayakan dan kemaskini permohonan baru STR Fasa 3 2024, anda boleh melakukannya bermula 1 November. Ini boleh dilakukan melalui portal rasmi MySTR.

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan:

  1.  Layari laman web rasmi MYSTR: [https://bantuantunai.hasil.gov.my/](https://bantuantunai.hasil.gov.my/)
  2.  Masukkan nombor MyKad pemohon.
  3.  Lakukan pengesahan kata kunci keselamatan.
  4.  Masukkan kata laluan.
  5.  Klik pada butang semakan.
  6. Maklumat yang akan dipaparkan
  7. Status permohonan
  8. Maklumat pembayaran (jika ada)

(MAKLUMAT LANJUT)

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang tersedia, sila RUJUK DI SINI.

Comments