(Terkini)Bantuan Kewangan Khas Asasi Berjumlah RM3920 Untuk Keluarga B40 & M40 -Semak Kelayakan & Mohon Sekarang!

 



Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan untuk membantu mereka yang sangat memerlukan. Pelajar yang masih bersekolah bagi golongan B40 antara yang sering menjadi tumpuan kerajaan. Bantuan ini diperkenalkan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pelajar Malaysia yang berkelayakan bantuan ini merupa kewangan bagi mereka.

Bantuan ini juga diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di Peringkat Persekutuan atau Negeri mengikut tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Dibawah perkongsian yang lebih lanjut tentang bantuan ini.


( BANTUAN KEWANGAN ASASI KPM)

Bantuan khas pelajar 12 pusat pengajian Asasi Universiti Awam (UA) ini daripada Bantuan kewangan Asasi. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan usaha untuk membiayai kos sampingan hidup kepada pelajar yang datang daripada golongan B40.

 

(SYARAT KELAYAKAN)

Syarat yang telah ditetapkan dalam permohonan Bantuan Kewangan Asasi ada diberikut : 

1) Pemohon haruslah Warganegara malaysia 

2) Pelajar yang mengikut program bertaraf asas di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga daripada kelompok B40 dan M40 akan menerima pembiayaan bantuan Malaysia ini.

3) Bagi pelajar yang telah membuat pendaftaran untuk mengikuti khursus dengan mengunakan syarat kelayakan masuk lulus Spm ataupun yang setaraf denganya.

4) Krusus pengajian telah diperakui dan telah diluluskan oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

NOTA : Sekiranya ada pelajar yang sudah menerima tajaan atau biasiswa daripada Bantuan Kewangan Asasi, pelajar tersebut tidak lagi boleh menerima bantuan ini.


(KADAR BANTUAN KEWANGAN ASAS)

Untuk yang berkelayakan, pelajar tersebut akan menerima bayaran sebanyak RM3920 setahun / sepanjang tempoh pengajiannya.

Dibawah adalah pecahan kiraan bantuan kewangan ini :

  1. Elaun Wang Saku sebanyak RM2500 setahun
  2. Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan sebanyak RM1420 setahun
  3. Tambang Penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan)

(CARA UNTUK MEMOHON)

Untuk pengetahuan anda, jika anda mempunyai berkelayakan dan menepati syarat yang telah ditetapkan, untuk permohonan bantuan asasi ini anda boleh buat secara online melalui Portal Rasmi Bahagian biasiswa dan pembiayaan, KPM.

Bagi pelajar yang ingin memohon anda perlu semak dan cetak sendiri dokumen tawaran. selepas anda lengkapkan dokumen tersebut, anda perlu menghantar dokumen itu melalui pejabat Pendaftaran Universiti (UA) masing-masing dan dibenarkan mengemukakan terus ke pihak KPM.

Untuk sebarang pertanyan dan maklumat yang lebih lengkap tentang bantuan ini anda boleh ke Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti berikut :


Comments

Post a Comment