Pada bulan Februari lalu, semasa pembentangan Bajet 2023 Kerajaan Madani telah memperkenalkan pelbagai inisiatif antaranya adalah Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Sedia dimaklumkan, pada masa ini pembayaran STR 2023 telah dilaksanakan untuk Fasa 1 dan 2 dan kini hanya tinggal 2 bayaran sahaja lagi belum dilaksanakan.
Ikut perkongsian dibawah mengenai inisiatif kerajaan ini.
(SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)
Untuk makluman, Bantuan STR ini akan dibayar dalam empat peringkat ini adalah untuk membantu rakyat Malaysia yang layak dengan kelayakan yang telah ditetapkan pihak kerajaan perpaduan. Bantuan ini layak dimohon oleh golongan B40, M40, golongan isi rumah, bujang dan warga emas.
Tujuan bantuan ini disalurkan untuk meringankan beban rakyat yang terjejas khasnya selepas pandemik yang melanda negara kita.
(JUMLAH BAYARAN)
pembayaran STR yang telah ditetapkan dan untuk pengetahuan anda bayaran STR ini adalah berbeza-beza mengikut kelayakan dan katogeri masing-masing.
Berikut adalah katogeri yang menerima jumlah bantuan tertinggi :
- Berjumlah RM2,500 (isi rumah) berpendapatan RM 0-RM2,500 dan mempunyai tanggungan / anak 5 orang dan ke atas
- Untuk bujang pula akan menerima bayaran keseluruhan RM350 seorang.
Untuk Sumbangan Tunai Rahmah 2023 Fasa 3, bantuan kewangan RM250 akan diberikan kepada golongan isi rumah
- Untuk yang berpendapatan RM2,500 - RM5,00 SERTA
- Mempunyai 5 orang anak dan ke atas
Selain daripada itu, pihak kerajaan juga turut melaksanakan bantuan tambahan STR sebanyak RM600 dan bantuan bakul makanan yang akan disalurkan RM100 sebulan bagi tempoh 6 bulan.
(TARIKH BAYARAN FASA 3 & FASA 4)
Berikut adalah jadual yang diberikan pihak kerajaan dan tarikh bayaran mengikut bulan bagi STR Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 :
Fasa 2 : Bulan April
Fasa 3 : Bulan Julai
Fasa 4 : Bulan November
(KELAYAKAN PENERIMA STR)
Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda tidak pernah menerima bantuan ini atau bantuan sebelumnya, permohonan TELAH DITUTUP.
KATEGORI ISI RUMAH
- Pendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah
- Tiada had umur
KATEGORI WARGA EMAS SEBATANG KARA
- Haruslah berumur 60 tahun dan ke atas
- pendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah
KATEGORI BUJANG & BUJANG OKU
- Pendapatan Bulanan RM2,500 dan ke bawah
- 21-59 Tahun (bujang) & 19-59 Tahun (bujang oku)
KATOGERI ISI RUMAH MISKIN TEGAR
- Tiada had umur
- pendapatan bulanan RM1,169 dan ke bawah
(JOIN TELEGRAM)
Comments
Post a Comment