Untuk makluman, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan bantuan khas untuk katogeri bujang Malaysia sebanyak RM200.
Bantuan ini merupakan program Bantuan Latihan Perantis di mana setiap individu yang mempunyai kelayakan akan menerima elaun bulanan sebanyak RM200 sebulan. Sila ikuti perkongsian dibawah untuk mengetahui info yang berkaitan dengannya.
(BANTUAN LATIHAN PERTANIS 2023)
Untuk pengetahuan, Bantuan Latihan Perantis atau dikenali sebagai BLP ini bertujuan membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan mereka dan menggangur, serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.
(KADAR BAYARAN BKP 2023)
Bagi yang berkelayakan akan menerima elaun bulanan sebanyak :
- RM200 (Sebulan)
(SYARAT KELAYAKAN)
Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan untuk menerima bantuan ini :
- Warganegara Malaysia / Bermastautin di Malaysia
- Kes-kes seliaan
- Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat
- Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni di institusi kebajikan
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan terdahulu dengan kelulusan KPKM
Nota : Sedia dimaklumkan, bahawa kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan. Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 - jadual kesembilan Senarai Perundangan.
(CARA MEMOHON)
Sekiranya anda ingin membuat permohonan, pastikan anda menyediakan beberapa dokumen yang diperlukan untuk memudahkan proses permohonan berjalan lancar seperti berikut :
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan Kad Pengenalan suami/ isteri/ anak
- Salinan sijil kelahiran anak-anak yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji
- Dan lain-lain dokumen yang berkaitan denganya
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Sekiranya dokumen sokongan yang telah disebutkan diatas telah lengkap, anda diminta untuk menghantarkan permohonan anda ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian ataupun yang berhampiran kawasan anda, Yang paling penting, anda diminta untuk mengisi borang permohonan terlebih dahulu dengan lengkap dan tepat supaya tiada kekeliruan bagi pihak yang berwajib. Sila muat turun borang permohonan di bawa ini :
JKM 18 : BORANG PERMOHONAN BANTUAN
JKM 20 : BORANG KAJI SEMULA BANTUAN
Comments
Post a Comment