BINGKAS : Bantuan ini khas untuk rakyat Malaysia yang bermastautin di negeri Selangor, terdapat satu bantuan yang boleh anda manfaatkan iaitu bantuan kredit percuma berjumlah RM300 yang dapat ditebus. Untuk bantuan ini akan disalurkan setiap bulan sekiranya anda mempunyai kelayakan.
Ikut perkongsian dibawah untuk info lebih lanjut lagi.
(BINGKAS KREDIT RM300)
Untuk maklumat, pada tahun ini pihak Kerajan negeri Selangor telahpun memperuntukkan RM108 juta untuk memberikan bantuan kredit percuma berjumlah RM300 dan melalui pelaksanan ini seramai 30,000 keluarga golongan B40 akan mendapatkan manfaat secara bulanan daripada bantuan ini.
(MANFAAT BINGKAS)
Bagi rakyat Selangor yang mempunyai kelayakan, akan mendapat :
- Had pembelian RM300
- Baki tidak akan dibawa ke bulan seterusnya
- Tambah nilai secara automatik pada setiap bulan
- Anda boleh membeli barang keperluan asas dan perigal pendidikan (keperluan sekolah seperti buku, pensil dan sebagainya).
(SYARAT KELAYAKAN)
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah dikongsikan dibawah :
- Haruslah Warganegara Malaysia
- Lahir di Selangor atau menetap di negeri Selangor melebihi 10 tahun.
- Pemilih berdaftar di negeri Selangor
- Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
- Pendapatan isi rumah dibawah RM3000/Sebulan
(PENERIMA RM300)
Sedia dimaklumkan, bahawa bantuan ini hanya disalurkan melalui Kredit e-wallet untuk memudahkan anda membuat pembelian barang keperluan di pasaraya dan kedai runcit yang berdaftar tanpa menggunakan wang tunai.
(CARA MEMOHON BANTUAN)
Sila kemukakan permohonan anda melalui portal rasmi iaitu : https://www.bingkasselangor.com
Terdapat beberapa dokumen penting yang perlu anda sediakan adalah :
- Salinan Kad Pengenalan pemohonan dan pasangan (jika ada)
- Salinan Kad Pengenalan/ MyKid/ Surat Lahir anak/ Tanggungan
- Salinan slip/ penyata gaji untuk penjawat awam
- Salinan penyata EA atau KWSP untuk pekerja swasta
- Surat pengesahan penyata pendapatan dari ketua komuniti bagi bekerja sendiri atau tidak bekerja
- Dokumen lain yang berkenaan/ berkaitan.
(MAKLUMAT LANJUT)
Sekiranya anda ingin mengetahui pelbagai lagi bantuan yang telah disediakan pleh pihak kerajaan yang boleh anda dapatkan pada tahun 2023 ini. sila RUJUK DISINI
Comments
Post a Comment