(TERKINI)Cara Membuat Pemohonan Rumah PPR Serendah RM250 Sebulan -Mohon Sekarang!

 


Program Perumah Rakyat PPR : Bagi rakayat Malaysia yang masih belum memiliki rumah sendiri, anda boleh membuat permohonan rumah tersebut melalui Program Perumahan Rakyat (PPR).

Untuk makluman, pihak kerajaan telah menawarkan harga rumah pada kadar mampu milik untuk rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan, bahkan ianya boleh disewa dengan kadar bulanan serendah RM250 ringgit sahaja.

Sila ikuti perkongsian dibawah untuk info lebih lanjut lagi mengenai rumah PPR ini.

(PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT MALAYSIA)

Pihak kerajaan sedang mengusahakan menyediakan tempat kediaman pada kadar terendah menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) dalam membantu golongan B40 dinegara kita ini.

Terdapat 2 skim perumahan iaitu :
  1. PPR DImiliki
  2. PPR Disewa
(CIRI-CIRI RUMAH PPR)

Melalui program tersebut, yerdapat beberapa ciri rumah PPR seperti :

  • Kawasan bandar-bandar besar : Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 12 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar :  Jenis rumah teres
  • Keluasan : Tidak kurang daripada 700 kps
  • Binaan : 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 ruang dapur, 2 bilik air 
  • Kemudahan asas : Dewan komuniti/ ruang orang ramai/ surau - ruang solat/ gerai makan - ruang niaga/ tadika/ kemudahan OKU/ taman permainan/ kawasan lapang/ rumah sampah
(SYARAT KELAYAKAN)

Pihak kerajaan telah menetapkan beberapa syarat kelayakan bagi setiap permohonan yang akan dibuat untuk Program Perumahan Rakyat (PPR) seperti berikut :

SKIM PPR DIMILIKI
  • Pemohon dan pasangan adalah Warganegara 
  • 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah < RM3,000 sebulan 
  • Permohon dan pasangan tidak pernah mempunyai rumah sendiri
  • Mengikuti syarat-syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri Malaysia.
SKIM PPR DISEWA
  • Pemohon dan pasangan adalah Warganegara 
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah , RM3,000 sebulan
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah 
  • Sila ikuti syarat tambahan yang telah ditetapkan 
(CARA MEMBUAT PERMOHONAN)

Sekiranya anda ingin membuat permohonan, sila ikuti langkah yang telah dikongsikan dibawah ini :
  • Sila buka laman web rasmi SPRN : https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
  • Isikan semua makluman yang telah diminta (Nama, No Kad Pengenalan, Alamat e-mel) seterusnya klik " DAFTAR"
  • Selepas itu anda akan menerima emel untuk membuat pengesahan, Sila buka emel tersebut dan buat pengesahan akaun
  • Kemudian log masuk ke portal SPRN seperti biasa 
  • Pilih skim mengikuti kelayakan anda 
  • Sila lengkapkan semua makluman yang diminta
  • Pilik projek (PPR)
  • Sila muat naik dokumen yang diperlukan
  • Setelah lengkat membuat permohonan, anda boleh mengemaskini permohonan anda dengan klik "KEMASKINI PERMOHONAN" 
(MAKLUMAT LANJUT)

Sekiranya anda ingin membuat semakan bagi projek PPR yang terkini di negeri anda, sila ke laman web : Projek PPR Terkini

Sebarang pertanyaan ataupun maklumat lanjut mengenai Portal TEDUH dan Sistem Perumahan Negara (PPR), anda boleh kemukakan di :

  • Emel : teduh@kpkt.gov.my
  • Helpdesk : https://teduh.kpkt.gov.my/helpdesk
  • Skim PPR : 03-889 14052 (Selangor, Melaka, Johor, N9) 03-889 14278 (KL, Sabah, Sarawak) 03-889 14028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)
Sila layari BantuanTerkini 2023 untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang akan disalurkan oleh pihak Kerajaan Perpaduan Malaysia.

                                                

Comments