- Get link
- X
- Other Apps
MySalam adalah inisiatif takaful perlindungan kesihatan percuma yang ditawarkan oleh Kerajaan untuk memberikan perlindungan kepada individu yang layak menerima manfaat daripada skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah MySalam.
Skim ini telah diperkenalkan sejak Januari 2019 dan ditujukan kepada individu yang layak, iaitu isi rumah dalam kumpulan pendapatan bulanan 40% terendah (B40) yang juga merupakan penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR).
Namun, dalam pembentangan Belanjawan 2022, Menteri Kewangan Tengku Zafrul telah mengumumkan bahawa Skop MySalam akan diperluaskan pada tahun ini untuk merangkumi penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), sebuah bantuan baru yang telah diperkenalkan.
(OBJEKTIF UTAMA)
Antara objektif utama penubuhan MySalam adalah untuk:
Kerajaan bertujuan menyediakan skim perlindungan kesihatan sosial bagi membantu golongan miskin dalam menghadapi masalah kewangan yang timbul akibat penyakit kritikal. Perlindungan takaful ini merupakan salah satu usaha Kerajaan untuk memudahkan kumpulan berpendapatan rendah menjalani kehidupan yang normal walaupun berdepan dengan cabaran kewangan disebabkan oleh penyakit.
(MANFAAT MYSALAM)
Berikut adalah manfaat yang akan anda perolehi jika layak untuk membuat tuntutan melalui skim MySalam:
Penerima BSH / BKM 2022
- Bayaran sebanyak RM8,000 jika menghidap penyakit kritikal.
- Elaun harian RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari.
Bukan Penerima BSH
- Bayaran sebanyak RM4,000 jika menghidap penyakit kritikal.
- Elaun harian RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari.
Untuk membuat tuntutan bagi skim perlindungan MySalam, pastikan anda memenuhi kriteria berikut:
- Individu yang berumur antara 18 hingga 65 tahun bersama pasangan mereka.
- Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dengan pendapatan tahunan kurang daripada RM24,000.
- Individu OKU yang berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan tahunan kurang daripada RM24,000.
Kunjungi laman web rasmi MySalam di:
www.mysalam.com.my
Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar melalui SMS, atau kata laluan terbaru yang anda tetapkan.Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’ yang sesuai dengan jenis penyakit kritikal anda.
Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’.
Log masuk semula ke www.mysalam.com.my dan klik pada ikon ‘Tuntutan’, kemudian pilih ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah dan pilih ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik dokumen berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg:
- Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
- Salinan dokumen pengenalan, contohnya Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Klik butang ‘Hantar’ untuk menyelesaikan proses penghantaran tuntutan.
ii. Tuntutan Hospitalisasi
Kunjungi laman web rasmi MySalam di:
www.mysalam.com.my
Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar melalui SMS, atau kata laluan terbaru yang anda tetapkan.Klik pada ikon ‘Tuntutan’, kemudian pilih ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah dan pilih ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik dokumen berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg:
- Salinan Nota Discaj
- Salinan dokumen pengenalan, contohnya Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Klik butang ‘Hantar’ untuk menyelesaikan proses penghantaran tuntutan.
- Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
- Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
- Meningitis Bakteria – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Tumor Otak Benign – Keterukan Tertentu
- Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Pembedahan Otak
- Kanser – Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
- Kardiomiopati – Keterukan Tertentu
- Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
- Koma – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
- Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
- Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Kegagalan Hati Tahap Akhir
- Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
- AIDS Dengan Gejala Penuh
- Hepatitis Viral Fulminan
- Serangan Jantung – Keterukan Tertentu
- Pembedahan Injap Jantung
- Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
- Kegagalan Buah Pinggang – Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
- Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
- Hilang Keupayaan Bertutur
- Trauma Kepala Major (Teruk) – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
- Penyakit Neuron Motor – Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
- Sklerosis Multipel
- Distrofi Otot
- Kelumpuhan Anggota
- Penyakit Parkinson – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – Keterukan Tertentu
- Penyakit Arteri Koronari Serius
- Strok/Angin Ahmar – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
- Pembedahan Aorta
- Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
- Kelecuran Tahap Ketiga – Keterukan Tertentu
- Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan
- Penyakit Terminal (Membawa Maut)
- Penyakit Sistik Medular
- Sindrom Apallic (Keadaan Vegetatif Berterusan)
- Poliomyelitis
- Skleroderma Progresif
- Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
- Elefantiasis (Penyakit Untut)
- Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)
- Telefon: 1-300-88-8938
- Emel: info@mysalam.com.my
Comments
Post a Comment