Terkini : Bantuan RM100 untuk bulan Oktober telah mula dikreditkan secara berperingkat.

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 yang diadakan pada bulan Oktober, kerajaan sekali lagi menunjukkan komitmennya terhadap kesejahteraan rakyat dengan mengumumkan inisiatif tambahan khas untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024. Langkah ini bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup, khususnya bagi isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana.

Apa yang menarik tentang bantuan tambahan ini adalah ia akan dibayar setiap bulan kepada penerima STR yang layak. Ini bermakna, pembayaran akan dilakukan pada awal bulan Oktober ini. Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut.

(SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024)

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah, yang lebih dikenali sebagai SARA, telah mula dilaksanakan tahun lalu untuk penerima STR 2024. Namun, berbeza dengan tahun lalu, kadar bayaran tahun ini telah dinaikkan kepada RM1200, berbanding hanya RM600 sebelum ini.

Dianggarkan, sebanyak 700 ribu penerima akan menerima bantuan tahun ini, berbanding hanya 210 ribu tahun lalu. Namun, bantuan ini tidak berbentuk wang tunai, sebaliknya hanya boleh digunakan untuk membeli barangan dapur.

(PEMBAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH)

Pelaksanaan bantuan ini telah ditambah baik untuk tahun 2024, bertujuan untuk memenuhi keperluan barangan asas penerima dari Januari hingga Disember 2024. Penerima yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200 atau RM600 melalui pembelian tanpa tunai, bergantung kepada kelayakan mereka.

Bantuan ini akan disalurkan secara bulanan dengan jumlah RM100 atau RM50 sebulan selama 12 bulan. Pendekatan ini membolehkan penerima merancang perbelanjaan mereka dengan lebih baik, khususnya dalam membeli keperluan harian sepanjang tahun tersebut.

Di bawah ini adalah kadar pembayaran berdasarkan kategori penerima.


(PENGESAHAN BANTUAN SARA)

Jika anda merupakan penerima STR yang layak, anda boleh menyemak bantuan MyKad RM100 dengan langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal rasmi MyKasih: https://www.mykasih.com.my/    
  2. Klik pada [Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
  3. Tatal ke bawah dan pilih [Semak Status].
  4.  Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  5. Kemudian, masukkan Captcha yang sesuai berdasarkan imej yang ditunjukkan.
  6. Tekan [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

(SYARAT KELAYAKAN)

Namun, tidak semua penerima STR layak menerima bantuan ini. Terdapat beberapa syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memastikan bantuan ini disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Berikut adalah syarat-syarat tersebut:

Kadar tambahan STR sebanyak RM600 ditujukan khusus kepada penerima isi rumah yang telah dikenalpasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan untuk mendapatkan kadar tambahan ini terhad kepada:
  •  Warganegara Malaysia
  •  Penerima STR 2023
  •  Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

(SENARAI BANTUAN MYSARA 2024)

Namun, bayaran ini bukan dalam bentuk wang tunai, tetapi boleh digunakan untuk membeli barangan seperti berikut:
  • Beras
  •  Roti
  •  Telur
  •  Minyak masak
  •  Tepung
  • Biskut
  • Mee segera
  • Minuman
  • Makanan dalam tin
  • Bahan perasa

(MAKLUMAT LANJUT)
 
Selain bantuan E-Tunai ini, terdapat pelbagai inisiatif lain yang boleh diperoleh oleh rakyat Malaysia daripada pihak kerajaan. Namun, mungkin ramai yang tidak menyedarinya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelbagai bantuan tersebut, sila semak di sini  https://t.me/myonlineterkini.



Comments