(Terkini) Tarikh rasmi untuk pembayaran STR Fasa 4 telah diumumkan - Semak sekarang!






Tarikh rasmi pembayaran STR Fasa 4 telah diumumkan. Pada 29 Ogos yang lalu, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 telah dikreditkan kepada penerima yang memenuhi syarat. Bantuan ini telah memberi manfaat kepada 8.5 juta penerima dengan kadar pembayaran yang berbeza mengikut kategori.

Dengan pelaksanaan pembayaran fasa ketiga tersebut, ramai yang bertanya tentang bayaran STR Fasa 4. Ini kerana bantuan tunai ini melibatkan 4 fasa pembayaran dan kini hanya tinggal 1 fasa lagi. Oleh itu, kami akan berkongsi maklumat terperinci mengenainya. Sila ikuti perkongsian di bawah.


(SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024).

Program bantuan bernilai RM1.5 bilion ini bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dalam menghadapi cabaran kos sara hidup dengan memberikan sokongan kewangan yang dapat meringankan beban mereka.

(TARIKH BAYARAN STR FASA 4)
Berikut adalah tarikh pembayaran untuk fasa keempat:

  • STR Fasa 1: 29 Januari 2024  
  • STR Fasa 2: 3 April 2024  
  • STR Fasa 3: 29 Ogos 2024  
  • STR Fasa 4: November 2024  

Kami menjangkakan bahawa pembayaran STR Fasa 4 mungkin akan diawalkan. Ia mungkin dilaksanakan sebelum sambutan perayaan Deepavali yang jatuh pada akhir Oktober ini. Namun, ini hanyalah jangkaan berdasarkan tarikh pembayaran tahun-tahun sebelumnya.

(KADAR BAYARAN STR FASA 4)
Jika anda layak untuk menerima bayaran keempat ini, berikut adalah kadar bayaran yang akan dikreditkan mengikut kategori masing-masing:

  1. Isi Rumah : RM150 – RM700  
  2. Warga Emas Tiada Pasangan : RM150  
  3. Bujang : RM100  
(SEMAKAN STATUS)

Untuk menyemak status kelayakan dan mengemas kini permohonan baru bagi STR Fasa 3 2024, anda boleh melakukannya mulai 1 November. Anda boleh mengakses portal rasmi MySTR untuk maklumat lanjut.

Berikut adalah cara untuk membuat semakan:

  1.  Layari laman web rasmi MYSTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/  
  2.  Masukkan No MyKad Pemohon  
  3.  Lakukan pengesahan kata kunci keselamatan  
  4.  Masukkan kata laluan  
  5.  Klik pada semakan  

Maklumat yang akan dipaparkan termasuk status permohonan dan maklumat pembayaran (jika ada).

(SYARAT KELAYAKAN)

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan untuk penerima STR :

  • Isi Rumah : Individu yang berkahwin, atau ibu/bapa tunggal, balu, janda, atau duda yang mempunyai anak yang memenuhi syarat; dan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,00
  • Warga Emas Tiada Pasangan: Bujang atau ibu/bapa tunggal, balu, janda, atau duda yang tidak mempunyai anak yang memenuhi syarat; had umur adalah 60 tahun ke atas; dan pendapatan tidak melebihi RM5,000.
  • Bujang : Individu bujang atau ibu/bapa tunggal, balu, janda, atau duda tanpa anak yang memenuhi syarat; had umur adalah 21-59 tahun; bujang orang kurang upaya (OKU) berumur 19-59 tahun; bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa; dan pendapatan tidak melebihi RM2,500.

(MAKLUMAT LANJUT)

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai bantuan lain yang mungkin anda layak terima, sila Rujuk Disini.

Comments