![]() |
Alhamdulillah, akhirnya keputusan mengenai tarikh bermulanya bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 telah diumumkan. Kementerian Kewangan melalui kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi, mengesahkan perkara ini.
Dianggarkan hampir 8.3 juta penerima akan menerima manfaat daripada bantuan STR Fasa 1 ini, yang menunjukkan komitmen kerajaan untuk terus membantu golongan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.
KATEGORI KELAYAKAN STR 2025 FASA 1
Setiap penerima STR 2025 Fasa 1 akan dikategorikan mengikut beberapa syarat kelayakan berikut:
-
Isi Rumah:
- Pasangan yang berkahwin (dengan atau tanpa anak); atau
- Ibu/Bapa tunggal, balu, janda, atau duda yang mempunyai anak yang layak;
- Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
-
Warga Emas Tanpa Pasangan:
- Bujang; atau
- Ibu/Bapa tunggal, balu, janda, atau duda tanpa anak;
- Berumur 60 tahun ke atas;
- Pendapatan adalah RM5,000 dan ke bawah.
-
Bujang:
- Individu bujang; atau
- Ibu/Bapa tunggal, balu, janda, atau duda yang tidak mempunyai anak yang layak;
- Berumur 21 hingga 59 tahun; atau
- Bujang OKU berumur 19 tahun ke atas;
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS;
- Pendapatan adalah RM2,500 dan ke bawah.
TARIKH PEMBAYARAN STR 2025 FASA 1
Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, bayaran STR Fasa 1 akan dilaksanakan pada akhir Januari, tetapi kali ini lebih awal daripada tahun lalu, iaitu pada:
- 22 Januari 2025 (Rabu)
KAEDAH BAYARAN STR 2025 FASA 1
Bayaran STR Fasa 1 akan dibuat menggunakan dua cara iaitu:
- Kredit ke Akaun Bank: Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima atau pasangan penerima.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN): Pembayaran tunai akan dibuat jika:
- Tiada maklumat akaun bank;
- Pengkreditan ke akaun gagal.
SEMAKAN STR 2025 FASA 1
Untuk menyemak status STR 2025 Fasa 1, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut secara dalam talian:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ - Pada halaman utama, pilih [MySTR] di bahagian kanan.
- Masukkan nombor kad pengenalan (12 digit) tanpa tanda (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Klik [Semak] untuk memaparkan 'Frasa keselamatan'.
- Jika frasa tersebut betul, klik [Ya], dan masukkan kata laluan yang tepat.
- Klik [Log Masuk] untuk melihat profil pemohon.
- Pilih [Semakan Status] untuk melihat status kelayakan dan maklumat pembayaran.
JUMLAH BAYARAN STR 2025
Maklumat tentang jumlah bayaran yang akan diterima oleh penerima yang layak akan diumumkan dalam masa terdekat.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh melawat pautan rasmi berikut:
FAQ STR 2025
Comments
Post a Comment